Tuesday, February 5, 2013

IMAM HAMBALI

Imam Ahmad Hambali adalah Abu Abudullah Ahmad bin Muhammad bin Hambal bin Hilal Al-Syaibani. Beliau dilahirkan di baghdad pada bulan Rabiul Awal tahun 164 (780M). Ahmad bin Hambali dibesarkan dalam keadaan yatim oleh ibunya, karen bapaknya meninggal ketika beliau masih bayi. Sejak kecil beliau telah menunjukkan sifat dan pribadi yang mulia, sehingga menarik simpati banyak orang. Dan sejak kecil itu pula beliau telah menunjukkan minat yang besar kepada ilmu pengetahuan, kebetulan pada saat itu Baghdad merupakan kota pusata ilmu pengetahuan. Beliau memulai dengan belajar menghafal Al-Qur’an, kemudian belajar bahasa arab, hadis, sejrah nabi, dan sejarah sahabat serta para tabi’in. Untuk memperdalam ilmu, beliau pergi ke Basrah untuk beberapa kali, disanalah beliau bertemu dengan Imam Syafi’i. Beliau juga pergi menuntut ilmi ke Yaman dan Mesir. Diantaranya guru beliau yang lain adalah Yusuf Al-Hasan bin Ziad, Husyaim, Umair, Ibnu Humam dan Ibnu Abbas. Imam Ahmad bin Hambali banyak mempelajari dan meriwayatkan hadis, dan beliau tidak mengambil hadis, kecuali hadis-hadis yang sudah jelas shahihnya. Oleh karena itu, akhirnya beliau berhasil mengarang kitab hadis, yang terkenal dengan nama Musnad Ahmad Hambali. Beliau mulai mengajar ketika berusia empat puluh tahun. Pada masa pemerintahan Al-Muktasim, Khalifah Abbasiyah, beliau sempat dipenjara, karena sependapat dengan opini yang mengatakan Al-Quran makhluk. Beliau dibebaskan pada masa Khalifah Al-Mutawakkil. Imam Ahmad Hambali wafat di Baghdad pada usia 77 tahun, atau tepatnya pada tahun 241 H (855 M) pada masa pemerintahan Khalifah Al-Wathiq. Sepeninggal beliau, Mazhab Hambali berkembang luas dan menjadi salah satu mazhab yang memilik banyak penganut
Tersebut kisah ada seorang Imam yang telah dipanggil ke suatu tepat untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang... baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen. Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," hati kecilnya berkata-kata. Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut. "Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur." Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam." Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!" -------- p/s: Berapa ramai antara kita, keluarga kita, sahabat2 kita yang selamba menjual iman dan maruah islam dengan harta dunia?

Islam Dan Sains (Kebenaran Al Quran Al Karim)

1- Laut yang mempunyai tanah dan api. 2- Laut yang mempunyai tanah dan api. هذه صورة لجانب من أحد المحيطات ونرى كيف تتدفق الحمم المنصهرة فتشعل ماء البحر، هذه الصورة التقطت قرب القطب المتجمد الشمالي، ولم يكن لأحد علم بهذا النوع من أنواع البحار زمن نزول القرآن، ولكن الله تعالى حدثنا عن هذه الظاهرة المخيفة والجميلة بل وأقسم بها، يقول تعالى : (وَالطُّورِ * وَكِتَابٍ مَسْطُورٍ * فِي رَقٍّ مَنْشُورٍ * وَالْبَيْتِ الْمَعْمُورِ * وَالسَّقْفِ الْمَرْفُوعِ * وَالْبَحْرِ الْمَسْجُورِ * إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ لَوَاقِعٌ * مَا لَهُ مِنْ دَافِعٍ) [الطور: 1-8]. 1. Demi bukit[1424], 2. Dan Kitab yang ditulis, 3. Pada lembaran yang terbuka, 4. Dan demi Baitul Ma’mur[1425], 5. Dan atap yang ditinggikan (langit), 6. Dan laut yang di dalam tanahnya ada api, 7. Sesungguhnya azab Tuhanmu pasti terjadi, 8. Tidak seorangpun yang dapat menolaknya, [1424] yang dimaksud bukit di sini ialah bukit Thur. [1425] Baitul Ma’mur ialah ka’bah Karena ka’bah selalu mendapat kunjungan haji, ‘Umrah, Tawaf dan lain-lain atau sebuah rumah di langit yang ketujuh yang saban hari dimasuki oleh 70.000 malaikat. والتسجير في اللغة هو الإحماء تقول العرب سجر التنور أي أحماه، وهذا التعبير دقيق ومناسب لما نراه حقيقة في الصور اليوم من أن البحر يتم إحماؤه إلى آلاف الدرجات المئوية، فسبحان الله

6 Jenis mata yang mendapat Kemurkaan Allah SWT

1- Mata yang melihat perkara yang diharamkan oleh Allah SWT. 2- Mata yang dimiliki oleh mereka yang membesarkan diri dengan Allah SWT. 3- Mata yang sentiasa mencari kesalahan orang-orang mukmin. 4- Mata yang mengambil peluang untuk melihat perkara yang tidak baik. 5- Mata yang tidak mengambil pengajaran daripada yang dilihat. 6- Mata yang dimiliki golongan hasad terdiri daripada manusia dan jin

5 Perkara Penawar Hati

1- Membaca Al-Quran berserta tadabbur. 2- Mengosongkan perut ( buang tabiat suka makan tanpa mengira masa ). 3- Menunaikan solat sunat pada waktu malam. 4- Berdoa ketika bersahur. 5- Menghadirkan diri dalam Majlis yang berkaitan dengan kuliah para ulamak.

4 Keajaiban Hari Jumaat

1.Kekasih Allah SWT ( Nabi Muhammad SAW ) sentiasa merindui Selawat dan Salam dari mereka yang mencintainya. 2.Kubur yang berada dalam kegelapan sentiasa merindui bacaan Surah Al-Kahfi untuk menerangi kuburnya. 3.Allah SWT menjadikan Waktu Mustabah yang sentiasa merindui doa-doa Mereka yang memerlukan bantuan Allah SWT. 4.Umat Islam diseluruh dunia yang dizalimi oleh amerika dan yahudi serta kuncu-kuncunya sentiasa mengharap bantuan doa dari umat Islam untuk sama-sama membantu kemenangan kepada mereka.

8 Peristiwa Penting Ketika Kelahiran Dan Kematian

1-Ketika kamu dilahirkan, azan dilaungkan di telinga kamu, ketika kamu meninggal, kamu disolatkan tanpa azan. 2-Ketika kamu dilahirkan, kamu tidak ketahui siapa yang mengeluarkan kamu dari perut ibumu. Ketika kamu mati, kamu tidak tahu siapa mengusung kamu ke kubur. 3-Ketika kamu dilahirkan, kamu dimandikan dan dibersihkan. Ketika kamu mati, kamu juga dimandikan dan dibersihkan. 4- Ketika kamu dilahirkan kedua ibubapa kamu dan sudara-mara bergembira. Ketika kamu mati, kami ditangisi kedua ibubapa kamu dan sanak-saudara. 5-Kamu dicipta daripada tanah, Maha Suci Allah yang mengembalikan kamu kepada tanah. 6-Ketika dalam perut ibu kamu berada dalam tempat yang sempit dan gelap, ketika kamu mati, kamu juga berada dalam kubur yang sempit dan gelap. 7-Ketika kamu dilahirkan, kami ditutupi kain supaya aurat ditutupi, ketika kamu mati, kamu dikafan dengan kain supaya auratmu tertutup. 8-Ketika kamu dilahirkan kamu, kelahiran kamu dinanti-namtikan dan sering ditanya perkhabaran kamu, Ketika kamu mati, kamu tidak ditanya melainkan amalanmu yang soleh